Saturday, 11 December 2010

LOVE

salam

just a quick post.
in these past few weeks i've been skyping with my family for almost everyday. homesick? definitely. one of the things that i look forward most are my niece & nephew.

nafeesa has started to dance around when she hear 'cintai Allah & cintai Islam' song. and even giggle-giggle when she watch pingu. and afraz now has started to talk talkatively with everyone and love to smile. subhanAllah, babies are soooo cute. 

cuteness overdose~ sigh..


as they said, baby alaf baru.
nafeesa skyping with me:




afraz skyping:




wait for me cutie babies, dont grow up too much until i come back home! insyaAllah in a couple of months.. amiin.

Wednesday, 1 December 2010

Ujub, Takabbur & Riya'

Salam

Tiba2 rs nak tulis tentang ujub, takabbur dan riya'. dulu ms sy kecik2, sy selalu mcm konfius2 ape perbezaan antara 3 sifat mazmumah ni, sbb ayat2 yg digunakan dalam buku agak susah nak faham dan lebih kurang same. ok, ape bezanya ye?

~ Ujub: sifat seseorang apabila merasakan dirinya lebih baik/hebat dari orang lain. tak kisahla dari fizikal (cantik, hensem), harta (kaya), kekuatan, keturunan, kepandaian, dan lain2. sifat ujub ni lebih kepada dengan diri sendiri shj, tiada pihak kedua atau ketiga.

~ Takabbur: takabbur ni terserlah bila adanya pihak yang lain. contohnya, bersikap menunjuk2 dengan kemampuanya dan menghebah2kan kelebihan dirinya kerana inginkan pujian. seseorang yang bersikap takabbur ni sangat sukakan pujian, kalau bukan pujian lisan pun, cukuplah bila orang tahu atau acknowledge kehebatannya.

~ Riya': riya' ni lebih kurang macam takabbur tapi apabila dalam hal2 yang berkaitan dengan ibadah. ibadah yang dilakukanya bukan dengan niat untuk mendapat redha Allah tetapi untuk menunjuk2 dan mengharapkan pujian. riya' boleh jatuh ke dalam syirik kecil mcm hadith nabi:

“Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan menimpa kamu sekalian ialah syirik yang paling kecil. Mereka bertanya: Apakah itu syirik yang paling kecil ya Rasulullah? Beliau menjawab: Riya! Allah berfirman pada hari kiyamat, ketika memberikan pahala terhadap manusia sesuai perbuatan-perbuatannya: Pergilah kamu sekalian kepada orang-orang yang kamu pamerkan perilaku amal kamu di dunia. Maka nantikanlah apakah kamu menerima balasan dari mereka itu.” (Hadith riwayat Ahmad) 

~~~

sifat ujub lebih berdiam didalam hati sahaja. sifat takabbur pula bukan hanya dalam hati, tetapi lahir dalam perbuatan juga. kiranya tak cukup dia rasa dia bagus tapi dia nak orang lain pun tahu dan dia inginkan pujian. dan sifat riya' adalah sifat yang paling teruk antara ke3-3 sifat mazmumah ni sebab dah masuk dalam hal ibadah. ibadah yang dilakukan bukan untuk keredhaan Allah tetapi untuk menunjuk2 dan pujian manusia.

saya rasa, antara cara2 untuk membuang sifat ni:

~ tingkatkan hubungan dengan Allah. bila hati cintakan Allah, segala yang dilakukan hanya untuk mendapat redha Allah. daripada inginkan pujian manusia, lebih baik inginkan pujian Allah. kan Allah selalu memuji hamba2Nya yang soleh dihadapan malaikat?

~ buangkan sifat al-wahan (cintakan dunia dan takutkan mati). cantik, kuat, pandai, pujian manusia, etc semua tu hanyalah dunia semata2. dan dah tentu jugak, kalau ada sifat yang Allah benci ni, mestila takutkan mati (sbb nanti kena balasan kat akhirat).

~ tanam sifat tawaddhu' (rendah diri)


rsny itu sj yg rs mcm nak share. peringatan ni untuk diri sendiri jg :) okey, nak smbg buat keje. rabbi yassir walaa tu'assir..
FIGHTING!!

http://www.emocutez.com

Tuesday, 30 November 2010

........

Salam

hari ni salji tebal kat luar.. salji yang biasanya dpt beri ketenangan pd saya, tp kali ni tak dapat memadamkan kerisauan sy.. pada masa yg terasa suntuk ni, tb2 dtg pelbagai mcm ujian. bg seorg yg seperti sy, overthinker, tentu sj ia sgt mengganggu... bukan mengeluh ape yg terjadi, tp mengeluh pd kelemahan sendiri.

sbnrny banyak rs nak mengadu.. hati sy rs sgt bersalah pd christoph.. hati sy kesian pd kwn sy.. hati sy benci diri sndiri yg lemah.. *hati menangis*...

dan masa, tolg bergerak perlahan.. berikanku sedikit ruang untuk kumpul kekuatan diri..

rabbi yassir, walaa tu'assir.. may Allah ease my way..

Tuesday, 26 October 2010

memoir 1: japan

salam,

''i found many interesting things on how much japan had influenced my days back then. actually not that much, but since this post are meant to recollect everything related to japan, i'll try to find as many as possible. just before all those memories fade away...''

when i was young, my father worked in NEC (Nippon Electronic Company) so he had to go to japan about 1-3 times every year. everytime he went there, we all slept together in my mother's room. nana & jabe slept with mama on the bed. me, mushi & umay slept on comforter. sometimes umay slept with abah's shirt, because she missed him. sweet litte girl, wasn't she? and then, everyday i heard mama chatting with abah through phone. and i still remember when he came back, me and my other siblings waited for his cab eagerly. we truly missed him, but to be honest, our eager was for the chocolates and presents of course ^^

i still remember some of my fav jap chocolates. i didnt know the name, but i do remember how it looked like. hhmm, it was so yummy that i went as far as stole it and even stole it in ramadhan to curik2 bukak puase ( 2 sins at a time! XD ok, dont do this at home kids ). i sometimes had partner in crime: umay & jabe. as for presents, i always got hello kitty(& her friends) stuffs like pencil case, books, pencils, bag, chopsticks and some more i didnt remember. i still have some of those stuffs.

those were the time of rin harikoma, oyuki and moero attacks.. remember the funny techniques in moero attacks? with all the sommersaults & gymnastic.. :P those dramas were showed in the late 80s i guess.. (i'm amazed with my memories) and hey, i do still remember the song in the cassetes when mama tried to learn japanese. and the music box of traditional song sakura too. sometimes we (me, umay & mushi) will dance together with the song. those were memories when i was not more than 6 yeras old. sweet memories.. :)


Moero Attack


Sakura Song

the first japanese comic i had was mary chan and candy-candy when i was 7 or 8. it was a tragic story, i cried so much after reading it. amazed with the beautiful drawings, i learned to draw comics. there was a year when i draw comics for my classmates and asked for 20cents for everyone who want to read it. surprisingly they all paid me and eager for the next chapter. then came doremon era together with other anime like tomatoman & topo gigio. doraemon was my alltime favourite. we used to have all doraemon movie videotapes & comics. of course, the comics were 'haram' in our house, but we bought it secretly. but the videotapes were in english and my father used it to improve our english. oh, before doremon, there was ultraman, satria baja hitam & flashman (my fav was flashman biru). then when i was about 10 or 11 came sailormoon, dragonball, shin chan & slamdunk.

candy-candy
doraemon

sometimes abah brought us to halal japanese restaurant. one place i remembered was Ichiban in jaya jusco wangsa maju. i was around 8, and it was udon mee i ordered ( i remembered the bulky mee i ate) and sushi was when i was 10? cant remember. i learnt to use chopsticks since i was small, though it was not influenced by the japanese, but the chinese.

udon mee

japanese drama wave came back again when i was in high school. i dont know exactly when, but for me, it all started with beautiful life. some dramas i still remember.. with love, friends or lovers, sweet season, ice world, beach boys.. i totally got hooked with jdrama mostly for its scenery and song. but story wise, at that time, i prefered chinese drama. try name any cdrama aired late 90s, i believe i watched it.. :D they filled my days, right after i came backfrom school to right before i went to bed. that was, before i went to boarding school.


Beatiful Life


Beach Boys

~~~~~

those were the days back then.
the days when.. dad’s shoulder was the highest place on earth.
the biggest problem was the boy who liked you.
the most pain you felt was when you scrapped your knee.
goodbyes were only until tomorrow.

:)

Tuesday, 19 October 2010

bilik baru ~

salam,

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

hari ni hari ke3 sy kat bilik baru, badan masih sakit2 lg sbb angkat barang2 berat. dgr mcm pindah jauh je, tp pindah rumah sebelah je pun sbnrny. heee :D landlord sy yang minta sy pindah ke rumah sebelah (2-2 rumah dia punya), sbb dia kata nak renovate bilik lama sy. dia kata, setiap bilik dia akn renovate every 7 years kot, tp bilik lame sy tu dah lama sgt xrenovate. so, dia offer pindah bilik kosong kat rumah sebelah.

masa baru nak pindah , tb2 sy rs sedih plk.. teringat masa dulu baru nak pindah masuk bilik tu.. bilik tu bekas bilik kak nena, sy yg nak pindah sebab bilik tu sgt besar & ada separate kitchen. bilik sy pula sy bagi pd fariq. masa tu, bilik tu sgt2 bersepah & xterurus. tp nasib baik kebetulan jabe dtg melawat ms tu. jabela yg paling bnyak tolg kemas2kan bilik tu & pindah angkat barang. lepastu pilih & beli karpet dgn jabe kat toommarkt. pstu malu ms bawak masuk bas, sbb karpet besar sgt (2,5m x 4m) :''( oh, pastu ms kutip sofa 3 seaters tepi jalan dgn kak fatin & farah. tgh2 angkat, tb2 tersempak dgn arwah judin & lutfi yg baru balik jogging, diorg tolg angkat skali. pstu dpt 1 lg sofa bed dr mira. pstu hias2 dgn barang ikea sampai rs selesa sgt.

ms heater rumah rosak, rs mcm nak mati kesejukan.. sejak peristiwe tula, smpi skrg sy mcm ade fobia dgn winter. dulu lg kronik, dgr perkataan winter je rs takut smpi nak menggigil, keke XD but no kidding. cbla hidup ms winter tanpe heater sampai sebulan.

lembage takut sejuk

high jiwang alert! (okla, yg lain pn jiwang jgk sbnrny)
i admit i cried alot during these recent years.. bilik tula yg saksikan naik turuny semangat sepanjang 4thn ni. saksikan jgk, mcmn sikap2 sy berubah drpd rawaidah dulu & rawaidah skrg. honestly bl muhasabah balik, sy yg pindah masuk bilk tu & sy yg pindah keluar banyak berbeza. ada yg makin buruk, ada yg makin baik. tp kebanyakkny makin buruk.. sedih plk rs.. sy berazam nak baiki diri jd seorg yg lebih baik.. amin.

banyak kenangan dgn bilik tu. ms kwn2 dtg, abahmama dtg, & mcm2 lg... :)

emm, sian bilik baru ni, nnt die jeles plak. ey, tp sy sgt suke jgk dgn bilik baru ni. walaupn kecik, tp br sy sedar, bilk yg kecik lebih senang nak urus. lgpun bilk ni baru renovate, so, lawala. sewa pn murah. & yg plg bes skali sbb bilk ni sgt cerah. 2-2 bilk sy yg dulu agak gelap. so sy sgt appreciate bilik yg terang. sy pn rase sgt motivated nak jd rajin & wat keje dlm bilik yg baru.

eh, oh, lupe bilik ni pn bes sbb 1 rumah dgn farah, lisa & azwa :) pstu bilik2 yg lain tu jrg ade org. yela, deutsche kan, rumah parents mestila dekat, weekend msti blk rumah.


last but not least, semua ni adalah nikmat dr Allah. semoga aku tidak tergolong dlm golongan yg kufur nikmat.. amiin.

http://www.emocutez.com

Sunday, 26 September 2010

Tuesday, 10 August 2010

Ramadhan

Dear Heart, please be strong..
Dear Nafs, please be patient..
Dear Me, please be the best you can be..

another Ramadhan is coming. welcome, herzlich willkommen.. :)

ya Allah, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yg lepas.. ya Allah, semoga Ramadhan ini berjaya melatih diriku menjadi seorang muslim yang mukmin dan muttaqin.. semoga aku menjadi lebih kuat untuk bermujahadah dlm exam dgn kedatangan Ramadhan.. amiin..

mfG,
Rawaidah
Bingen am Rhein
29. Sha'ban 1431
10. August 2010

Thursday, 8 July 2010

Glasgow & Edinburgh 2010

salam

semalam sy baru balik dari jaulah di scotland. sememangnya satu lagi pengalaman yg xdapat dilupakan. sgt suke :) thankyou kak mimi & nisa, for being a great companion. seriously pagi td, masa baru bangun tido rasa rindu sgt. rs mcm, kan bes kalau pagi ni masih atas katil kak mimi lagi.

7 hari kat sana rasa sgt bes. rumah kak mimi adalah superduper selesa. ada balkony, ruang tamu yg besar, dapur yg lengkap, housemate kakmimi yg baik, sgt2 bes. tv pun dlm english, sgt seronokla dpt tgk rancangan dlm bhs yg kite rs selesa. sy suke dgn komuniti kat sana, mostly smua org berusrah & baik2. org2 scottish pn baik2.

dengar pengalaman org2 yg mendapat 'sentuhan' adalah priceless. dan masyaAllah, diorg skrg sgt jauh lagi baik dr aku. melihat cara hidup diorg jg secara xlangsung membuat sy bnyak berfikir & muhasabah diri. insyaAllah, sy akn cb utk membuang segala yg buruk & cuba memperbaiki diri. sungguh, sy betul2 inginkn perubahan, insyaAllah. permudahkan...

dan sgt seronok jgk, ktorg dapat makan yg sedap2 dr mcm2 rumah. kedai makanan halal pn banyak sgt2. klu kt jemen, cm mknn org moroko & turkey je yg banyak. pastu, sgt seronok supermarket kt sana. makanan tersangat mcm2 jenis dan sgt2 murah. kek cis sansbury yg sgt sedap itu jg sgt murah. sy & nisa (tp nisa lg banyak) asik makan je xhbs2. beli mcm2. knpkah jemen mknn mahal2 je? pastu baju2 kt sana pn agak murah berbanding dgn jemen. klu mcm 20pounds tu kire dah mahal sbb bnyak lg baju yg lg murah. kalau kt jemen ni, 20€ tu kire biasa je. sempat jgkla grab dress 5pounds. hee.. :P

masa hari pertama sy sampai sana, sy jalan2 kat edinburgh. masa sy tgh jalan2 kat situ, semua memori 5tahun lepas dtg balik. masjid edinburgh yg lawa tu, xsangka sy dpt ziarah masjid tu semula, walaupn 5thn lepas mmg ada ckp dlm hati klu boleh nak dtg lg. sy ingat lg perasaan, suasana & beberapa kawan yg jalan dgn sy mstu termasuk kak fatin & farah. kami dtg utk program pms. mstu sy umur 20thn, masih blur & innocent lg. rasa gembira & excited je, masih belum tahu apa yg bakal sy akan hadapi. tp semuanya dtg dr Allah dan setiapnya tentu ada hikmah yg besar disebaliknya, insyaAllah.

sy rs suasana kt sana sgt bes. br sy faham knp ramai org nak keje n terus tinggal kt sana. UK ni lebih kurang je mcm mlysia. cuma lebih bersih & lebih sejuk.

sy sgt suke stiap pengalaman kat sana. naik basikal keliling pulau, piknik tepi laut yg cantik, ziarah baby baru lahir, jalan2 beli brg, masak malam2, buat kek, tido depan tv, etc.. usual thing became great when we did it with special person ;)

@masjid edinburgh
cycling @ isle of.. hmm..xingat
picnic tepi laut
@ isle yg dah xingat name
sebahagian dr mknan yg berjaye menaikkan berat..

Swiss

salam

hari rabu (9/6) hrtu sy amek exam SIMS dan alhamdulillah sgt2 boleh buat. so sbgai hadiah, kami pun nak g swiss (padahal dah rancang awal2 lg. ya Allah, klu xlulus, ntah cmnla nak g swiss smbil hati gembire2). oh, sgt gembire sbb dr kecik2 lg, negare impian sy adelah switzerland sbb terpengaruh tgk cite heidi ms kecik2. bingen to swiss is just 4 hours drive, so xdela lama sgt. rs mcm balik taiping dl2.

so pagi sabtu tu kami mula gerak dr bingen pukul 5 pagi. yang besnya jalan2 masa summer adalah daylight is much longer than night. so kul 5 pg tu dah terang dah. on the way ke swiss tu, boleh la abah speeding sbb autobahn xde speed limit. tp plg laju abah bawak cume 140km/h. huhu, biaselah abah.. :P

masa br masuk swiss xde rasa bes sgt, sbb smuany mcm jemen je. tp bl da dekat dgn Interlaken, oh, mmg jaw dropping scenery! subhanAllah sgt2 cantik. terlalu cantik yg xtahan, yg sampai xtau nak buat ape. hehe.. direct translation for interlaken is between two lakes (Thun & Brienz Lake). and Jungfraujoch, which is the alp's highest mountain, is located in Interlaken region. so u can imagine how beautiful the scenery is: the crystal clear blue lake and snowy mountain.

dalam kul 9 gtu, kami sampai Iseltwald, a beautiful small village right at the Brienz Lake, utk check in hostel. iseltwald sgt2 cantik, tasik dia mmg sgt2 biru & nampak permandangan bukit2 hijau. our hostel is located just by the lake and we got a room facing the blue lake, subhanallah.

that small village is Iseltwald

then, we went to Lauterbrunnen, another beautiful small village located at the valley of mountains and is the gateaway to the Jungfraujoch. There's a big waterfall falls directly from the top of the hills. again, subhanallah, mmg sangat2 cantik xterkata. there's also clear blue water stream and wild flower are everywhere. we had a small picnic for our lunch here. pastu kami pun daki sikit bukit yg ada waterfall tu. boleh naik sampai lalu belakang waterfall tu, tp abah & mama kepenatan dan berhenti separuh jalan. so i went there alone.
Lauterbrunnen
abah & mama @ lauterbrunnen
lepastu kitorg gi ke Trummelbach, dalam 5-10minit je dari Lauterbrunnen kalau dgn kete. dalam perjalanan tu, bukak tingkap luas, kluarkan kepale adalah sgt bes sbb permandangan yg cantik & udara yg segar. kat Trummelbach ada waterfalls inside the mountain. tp abah kepenatan, so xjadi masuk dalam mountain tu, sbb laluan die bertangga2 dan masuk celah2 bukit tu. jadi kitorg cuma bergambar sekitar kawasan Trummelbach yg sgt cantik.
@sungai kat Trummelbach
air dia sgt2 sejuk mcm ais sbb sumber dia adlh salji yg cair atas bukit. warna sungai ni sbnrny biru, tp dlm gambar xnampak lak kebiruanye. ok, topi itu smmgnya adalah prop semata2. eheh.. :P
padang kat tepi sungai @ Trummelbach
pastu, kami pun balik hostel utk berehat2 & dinner. dinner mi megi je utk jimat kos ;) tapi yg besnya, permandangan tempat makan sgt cantik & tenang. ada swan & itik2 berenang sana sini.
dinner @ hostel
esoknya, pas sarapan pagi, kami berjalan2 & bergambar sekitar hostel sebelum kami meneruskan perjalanan ke Grindelwald.
bye2, Iseltwald
dekat Grindelwald, awan agak rendah, so gunung tinggi tu nampak separuh je. tp itupun permandangan dah sgt2 cantik. kami hiking sket kat sana, sampaila ke cekpoint yg kena daki bukit berbatu2. kalau daki bukit tu, boleh nampak glacier, sungai ais yg bergerak cume beberape meter setahun. waah, sgt2 teringin nak tgk something yg blaja mase form2 dulu, tp xde outfit yg sesuai masa tu. tp kat situ pn dah sgtla cantik dan tb2 dengar bunyi2 mcm geseran batu2, kuat jugak bunyik tu. rupanya tu adalah bunyi geseran ais2 glacier dgn batu2 gunung. ada sungai yg sgt jernih n sejuk. tourist info tu kata, sungai tu dr glacier yg cair, patutla sgt sejuk cam ais. subhanallah, mmg bes sgt.
abah @ Grossescheidig (Grindelwald)
tangan sedang kesakitan menahan sejuk
bila dah tengahari, kami pun balik ke Grindelwald dan lunch di sana. kami pilih restoren yg tempat duduknya kat luar spy dpt makan smbil menikmati keindahan alam ciptaan Allah :)
lebih kurang ginila permandangan kat Grindelwald, cuma haritu, awan rendah sikit :(
pastu, lbh kurang kul 4 ptg, kami mula bertolak balik bingen. tp on the way, kami singgah ke colmar, france, sbb mmg jln yg sama. abah ada nak tgk bangunan yg kena kilat kat sana. tp masa kat sana, hujan renyai2, malas nak amek gamba. hehe.. so ingat2 dlm kepala saja. colmar tropica yg kat bukit tinggi tu agak sama jugala dgn colmar france ni. pstu trus balik umah.

rasanya, switzerland is the most beautiful place i've ever been. everywhere is full of wild flowers, the stream & lakes are clear blue. banyak sgt dia sediakan tempat yg mcm air pancut kecik yg boleh minum, air tu direct dr bawah tanah rasanya. udara pun sgt2 fresh. sgt beruntung org2 kat sana. dan nasib baik org2 kat sana, sejak zaman datuk nenek moyang lg ada kesedaran utk menjaga kebersihan & keindahan alam. kalau x, sy, org2 lain n generasi2 depan mmg xdptla tgk keindahan switzerland ni. kan bes kalau semua umat islam ada kesedaran utk memelihara alam? lgpun, kita semua la yg patut rasa tanggungjawab tu, sbb kita tahu kita ni khalifah kat bumi ni. salah satu cabang tugas khalifah bumi, mestila menjaga keseimbangan alam kan?
kalau saya ada masa & duit lg, insyaAllah saya plan nak g switzerland lg and camping kat sana. hiking, mandi sungai, masak kat unggun api.. besnya :)
-the end-
percubaan kami untuk mendekati swan...

si pesalah sebelum cubaan menculik anak swan

dan mangsa yg dipatuk berkali2 adalah abah.. aiyo~

Wednesday, 30 June 2010

HomeAloneAgain

salam,

abah balik 2mggu lepas.. mama balik smalam.. sedih.. sedih.. :'( i've been living alone for 5 years, so it was never a problem. until when i had companions and they left me..
xpela, insyaAllah pas sminggu-2 okla, tp.. uhmmm~ sedihla.. :'(


ps:
-i thought i can stand internetless-life. i was and (currently still) am being patient. but after 4 weeks without internet, i'm really about to blow. sgt penatla asek ulang alik FH-rumah.. bl tertinggal brg kt umah, nak nangis je rase..
-angan2 yg nak tulis pasal abah mama datang pun tergendale. nnt lame2 rase, dahla, malas dahla nak tulis, dah lupe, lgpun banyak sgt nak tulis, dah basi pun cite tu..
-esok g glasgow, yeay jumpe nisa & kak mimi. hrp dpt kurangkan kesedihan mama balik.. & harap dpt sebanyak ilmu yg boleh.. & harap dpt merubah hidup ni pd sesuatu yg lebih bermakna :)
-sementara kat sana, xpayahla tgk german vs argentina. it is actually a good thing to know the result without all the angst. heh :)

Friday, 28 May 2010

another update & lava cake

salam

hai encik blog. lame xdgr kabar. huhu, baru2 ni musim hujan. disebabkan sy suke tido, sy xmelepaskn peluang utk tido ms hujan. :D sbnrny banyak perkare2 bes berlaku since last march (bes sbb skrg musim spring, musim plg bes utk kluar jln2 & musim plg bnyak cuti. rupenye, pd org kristien, banyak peristiwa yg berlaku pd jesus musim ni) tp xupdate pulak, sbb encik hujan sll menang bile encik blog cube berlawan.

tp bl bace blog nekmah & kakaknye adalah sgt bes. stiap cite tulis dgn detail & gamba2, which is very good. and now i really regretted that for the last 5 years i didnt write any of my experiences somewhere, especially the one worth to write, like travelling in Europe or family's and friend's visit.. :( and now that i mentioned it, i've really forgot what we did, except for some sweet moments.

but i guess, before i started to really forget the whole things, i'll try to recollect all the memories trough the pictures and write it here, insyaAllah :) and i'll start with abahmama's visit next week :D i'm excited! i really miss them...

oh btw, yesterday i altered the recipe for lava cake i always used and alhamdulillah its a success! its a lot better & easier than the internet recipe i've used. lava cake is a chocolate cake (but in a cupcake size) with chocolate liquid in the inside. thats why it is called lava cake.

here's my recipe: (for 8 or 4 depends on the ramekins size)

150g cooking chocolate
150g butter
3 eggs
1/2 cup sugar
1/3 cup cocoa powder

50g cooking chocolate (chopped it in 8 or 4 small size)
small ramekins

melt the chocolate & butter by double boiler or microwave.
in another bowl, beat eggs and sugar until its whiten.
stir in melted chocolate and then the cocoa powder.
pour in the batter into ramekins and..
put one chocolate chunks in each ramekins (make sure the chocolate chunks are in the middle of the batter)
cook for 10 -15 minutes in 180°C.

the baking time differ on how runny you'd like your chocolate lava cake to be. and it also differ on the oven quality. i like it to be super-liquid-oozing center. if you over cooked the cake, it'll still have liquid center since there's chocolate chunks inside. forgot to say, this cake is supposed to be eaten while its still warm. if its already cool, preheat it in microwave for 15 seconds.

its a MUST for chocolate lover! :D especially because its so easy & the preparation time is less than 10 minutes!

Thursday, 13 May 2010

bismillahirrahmanirrahim,

orang yang merasakan dirinya cukup tawaddhuk dan dekat dengan Allah, adalah termasuk antara orang yang benar2 takabbur.

jika dengan orang yang tak beriman, syaitan akan menghasut nafsu mereka untuk dosa yang jelas di mata manusia. begini pula cara syaitan menghasut dengan orang2 beriman tanpa disedari. mereka rasa mereka cukup baik tidak melakukan dosa, tetapi hati mereka bermain dengan dosa ujub, riak dan takabbur. mereka rasa mereka cukup baik sehingga tidak layak ditegur.

setiap antara kita sentiasa di uji dengan permainan syaitan dgn cara yg berbeza2. jangan rasa kita terkecuali... setiap orang ada cara yang tersendiri. syaitan juga makhluk yg bijak...

i am truly not the right person to write these stuffs.. just as a reminder to everyone.. especially to myself..

salam

Monday, 19 April 2010

updates

salam,

sometimes 3 months passed with absolutely nothing. but in these 2 months so many things changed, just like the scenery outside my window.

7 march ....................... & ......................... 10 april

- 26-28 march: wihdah's gathering @ Bingen.
everything went well. was so happy to meet everyone. the fact that made me happy most was knowing there were other active usrah groups as well, that willing to help & support us anytime. all these few years i always have been burdened thinking that we're alone in this 'path'. alhamdulillah..
we also had picnic & stadtrundfahrt. was so happy. could still feel the warmth of ukhuwwah bond between us. :)

- 3 april : ilham's farewell.
our beloved ilham is already back for good.. she was one of my best friend here. i still remember our early friendship back then in KBU. she was so cute & happy go lucky . now she's one mature and successful woman. because she's always be seen around with her bicycle, bingen really is different without her. i truly miss her.

- 8 april : my 25th birthday :) i hope i can be a better person. i hope i can leave all the 'ugly' things about me behind and replace it with good things. amin..
the juniors&farah made a pleasant surprise party for me. tq~

- 16 april : farah's 25th birthday. we made another not-so-surprise birthday party for her. did i ever mentioned before that mine, huda's and farah's birth day were 8, 12 and 16 april respectively? and we were born in the same hospital. i think it was cool the fact that by fate, we met 'again' here in germany.

- today: alhamdulillah :DDDD if i didnt sound like one, just to tell that i'm very happy right now.
i just got my new samsung netbook from Amazon. this netbook is actually my first ever personal PC i have. my notebook right now was actually 2nd hand from jabe. he had only used it for 2 months and sold it to me 4 years ago. wait, was it 5?
now when i think about it, am i a cheapskate? no lah.. :) i just appreciate my things so much that i dont easily change it to a new one, unless i really need it.
say hi to my new lappy, lili ^^


actually wished to buy either blue or yellow or red.. but its not available in germany. but since i need it asap, the white with red stripe looks cute too. ok lappy, yuroshiku onegaishimas. semoge awak bole berjase pd sy utk mase yg lame. :)

Thursday, 18 March 2010

Spring is here...

salam,

its 14C.

after the long, cold, depressive winter.. spring is finally coming.

herzlich willkommen :)


ehh.. winter is not that bad. sometime winter is also very subhanallah beautiful, especially when snow and sun team up together and the temperature isn't lower than -5C and plus your heater works properly.

but spring is always my fav season. who can resist the very colourful spring? the blue sky? and the sunshine but yet cool temperature? every living thing seems like they have the courage to live up again.
wildflowers

sakura @ Bingen stadt (credit : azwa)

ps: pray for my success.
ps-ps: i had a very beautiful dream last 2 weeks :)

Tuesday, 2 March 2010

.... just another post ....

salam..

kepala sgt2 sakit sejak malam smalam.. rasanya mungkin sbb study & stay up utk masa yg agak pnjang sejak 2bulan lepas. baru je lepas habis exam dlm kul 4.30 petang, terus uruskan hal JPA tentang biasiswa, lepastu uruskan hal insurans yg dah lama tertangguh. dan tambah lagi fikir tentang result peperiksaan..

lepas habis meeting utk program mac ni mlm td, terus terbaring sambil teringat balik memori2 dulu masa satu2nya program yg kami cb anjurkan 2007 dulu... xtahula nak terangkn mcmn, rasa sedih yg sgt2 & terasa mcm 'putus cinta' plk.. xpela, semua tu mesti ada hikmah..

hrtu ada satu benda yg bes rs nak blog. terfikir nak buat hrtu, tp xde masa. rasa mcm bes..

chronology for student by the Quran. (eh, tb2 dah hilang pulak draf yg dilukis hrtu. nnt akan di upload lps jumpa.. :( so.. coming soon.. hehe.. )


ps: doakan saya... :)

Sunday, 31 January 2010

Winter 2010

salam,

just some random updates for this winter.. i think this is probably the coldest & whitest winter in this 5 years. its all white outside my window since last december. *love*. i especially love to look up directly above me and see how the snow fall soundly to the earth. i even told myself to remember this sight forever. its amazingly beautiful.. subhanallah :)

coklet2 dan biskut dr christoph yg sgt baik hati :)

new year 2010, men bunga api & fireworks

men salji ^^ tu snowman plg cantik yg pernah ktorg buat.

salji depan menza FH

nak g klas 27.01.2010

& happy belated besday to my pecal~~ ^^


bulan feb ni jadual sy penuh dgn exam. mnta maaf kalau ada salah silap. doakan ye.. semoga sama2 berjaya :)

Bingen am Rhein,
31/1/2010

Thursday, 7 January 2010

Snowflakes

salam

hrni sy sgt gembire. utk pertama kali saya nampak bentuk snowflakes, heee.. subhanallah mmg cantik sgt! slame ni sy sll perhatikan salji, tp xpnah nampak bentuk snowflake. kali ni mmg nampak jelas sgt, pastu setiap satu bentuk lain2. excited! XD sampai rase nak makan, tp teringat tgh puasa, hihi.. so main tiup2 jela. rabbana maa kholaqta haza batilaa, subhanaka faqina 'azabannar.

mcmnila bentuk snowflake

Sunday, 3 January 2010

As-Syaheed Imam Hassan Al Banna


Salam.. :)

Kita selalu terdedah dgn kisah-kisah para sahabat dan imam sejak kecil lg kan? Sejak tadika sampai sekolah menengah. Semua kisah-kisah itu sgt hebat, tapi apa kata kali ni kita dgr kisah seorg tokoh islam yang tak jauh dr zaman kita, iaitu abad ke-20. Andainya beliau masih hidup, umur beliau sama dgn umur datuk ataupn moyang kita. Tak jauh kan? Beliau adalah, As-syaheed Imam Hassan Al-Banna.

Awal kehidupan

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada 14 Oktober 1906, di sebuah desa Mahmudiyah yang terletak di Iskandariah, Mesir. Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaiki jam dan gramaphone (radio) sebagai sumber untuk menyara hidup keluarga beliau.

Sebagai seorang ulama, ayahnya mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Sejak kecil Hassan al-Banna sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Disinilah sebenarnya yg telah membentuk corak pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

ayah Imam Hassan AlBanna

Sejak kecil lagi Hassan Albanna terkedepan antara kawan-kawanya dgn sifat kepimpinanya. Beliau telah terpilih menjadi pemimpin kpd Badan Latihan Akhlak dan Jemaah AlSuluka AlAkhlaqi di sekolah. Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda.

Beliau kemudian telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Kemudian beliau telah memasuki Darul Ulum (Universiti Kairo) di Kaherah pada awal usia 16 tahun.

Di sinilah pertama kali beliau terdedah dengan pergolakkan parti2 politik dan juga pertubuhan2 yang menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Atartuk. Idealisme2 yang kebanyakkanya bertentangan dgn Islam juga meletup pada masa itu. Mesir pada ketika itu dilanda keruntuhan akhlak yang dasyat. (Kalau dilihat melalui sejarah, pada masa ini adalah masa kejatuhan zaman khilafah Uthmaniyyah, dimana negara Islam semua telah berpecah)

Ketika di Darul Ulum, beliau telah menyertai Persatuan Akhlak Mulia yang giat mengadakan ceramah2 Islam. Hassan AlBanna dan rakan2nya berdakwah di tempat org ramai selalu berkumpul separti di kedai2 kopi. Beliau juga telah mengutus surat dan mengajak ulama2 dan imam2 besar pada masa itu untuk melawan 'banjir' yang menenggelamkan umat pd ketika itu.

Penubuhan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood)

Setelah beliau berjaya menamatkan pelajaran di Darul Ulum dgn kedudukan pertama, beliau bekerja sebagai guru. Pada ketika itu, Imam Hassan Albanna mulai rasa keadaan umat Islam terlalu bahaya kerana umat islam hanya sibuk dgn berbincang perkara2 khilaf (cabang2 kecil). Beliau mula bergerak aktif didalam masjid dan menyampaikan ceramah2 beliau.

Pada Mac 1928, Hassan al-Banna diziarahi adik dan lima orang sahabatnya di rumahnya dan berjanji setia bersama untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itulah Jemaah Ikhwan Muslimin (aka Muslim Brotherhood) telah ditubuhkan. Beliau pada ketika itu berusia 23 tahun.

Sejak dari hari itu, kegiatan dakwah mula bergerak cergas dan ahlinya telah bertambah dari seluruh pelusuk Mesir dan negara2 lain. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih kurang setengah juta hingga 3 juta penyokong yang aktif. Lebih 3000 cawangan kesemuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil.

Hassan AlBanna dan pegawai delegasi Indonesia. Pertemuan yang memulakan Ikhwan di Indonesia

Ikhwan juga telah menghantar pasukan tentera ke Palestine. Sehingga satu peringkat, Hassan AlBanna tidak begitu yakin dengan ketenteraan dan beliau rasa kerja masih terlalu panjang dan jalan yang paling berkesan adalah tarbiyyah, dan tarbiyyah itu juga masih terlalu panjang.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan AlBanna bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam 3 peringkat iaitu: Peringkat pengenalan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian peringkat pembentuk keperibadian anggota agar bersedia untuk bergerak aktif. Seterusnya peringkat melaksanakan cita-cita perjuangan dengan tegas.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab," Ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua."

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, "Saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam."

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda.


Disini kita dapat lihat kepimpinan Hassan AlBanna. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Pengharaman Ikhwan Muslimin

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Pembunuhan Hassan AlBanna

Pada 12 Feb 1949 beliau telah syahid dibunuh oleh pengkhianat2 Islam, iaitu kerajaan Mesir pada ketika itu.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Banna menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.
------------------------------

Betapa hebatnya As-Syaheed Imam Hassan AlBanna yang telah mengembalikan kegemilangan Islam pada kemuncaknya di abad ini. Seluruh hidupnya digunakan untuk Islam sehingga kematiannya juga sebenarnya telah 'menghidupkan' seorang lagi Tokoh Islam yang hebat, iaitu Syed Qutb. Dan sehingga kini, gerakkan2 Islam yang wujud adalah bermula dari Ikhwan Muslimin, termasuklah sistem tarbiyyah kita sekarang iaitu usrah.