masa sekolah rendah dulu, ustaz syakir selalu cakap ayat ni. ayat ni sebenarnya dari pepatah arab, maksudny: "siapa bersungguh, (dia) dapat".
ok, sebenarnye sj nak tulis ttg ayat2 Quran yg sesuai ditadabburi terutamenye bile berhadapan dengan exam. sbnrny sy pernah nak tulis entry ni tahun lepas, tp terlupe. pd sy ayat2 Quran ni sgt bes & jd penguat semangat ^^
-----
Sebelum peperiksaan:
- perbanyakkan doa, sebab Allah tu Maha Mendengar
(40:60) "Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.. "
(2:186) "Dan apabila hambaKu bertanya padamu (Muhammad) tentang Aku. Maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
- Allah kata mesti berusaha bersungguh-sungguh jgk ;)
(13:11) ".. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri.."
(94:5-6) "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan"
- bertawakkal sepanjang masa
(9:129) "..Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal"
Selepas peperiksaan:
- lepas exam, berdoa & bertawakkal pada Allah. kalau nak rehat boleh, tapi jangan lama2 sgt, teruskan study yg seterusnya.
(94:7) "Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang seterusnya)
(10:12) "Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi sesudah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (kejalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk menghilangkan bahaya yang telah ditimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas"
(39:49) "Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.' Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui"
- tapi kalau gagal, bersabar dan teruskan usaha..
(2:286) "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. "
(12:87) ".. Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
- dan janganlah anggap Allah sengaja nak menyeksa hamba2Nya
(29:10) "Dan di antara manusia ada sebagian yang berkata 'kami beriman kepada Allah', tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap ujian manusia itu sebagai seksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata 'sesungguhnya kami bersama kamu'. Bukankah Allah mengetahui apa yang ada di dada semua manusia?"
-----
selamat berexam utk pecal & semue! :)
dan sile berusaha wahai diri sendiri yg lemah! =_='
(semua peringatan ni sbnrny terutama sekali utk diri sendiri.. & rujukan masa depan)
Tiba2 rs nak tulis tentang ujub, takabbur dan riya'. dulu ms sy kecik2, sy selalu mcm konfius2 ape perbezaan antara 3 sifat mazmumah ni, sbb ayat2 yg digunakan dalam buku agak susah nak faham dan lebih kurang same. ok, ape bezanya ye?
~ Ujub: sifat seseorang apabila merasakan dirinya lebih baik/hebat dari orang lain. tak kisahla dari fizikal (cantik, hensem), harta (kaya), kekuatan, keturunan, kepandaian, dan lain2. sifat ujub ni lebih kepada dengan diri sendiri shj, tiada pihak kedua atau ketiga.
~ Takabbur: takabbur ni terserlah bila adanya pihak yang lain. contohnya, bersikap menunjuk2 dengan kemampuanya dan menghebah2kan kelebihan dirinya kerana inginkan pujian. seseorang yang bersikap takabbur ni sangat sukakan pujian, kalau bukan pujian lisan pun, cukuplah bila orang tahu atau acknowledge kehebatannya.
~ Riya': riya' ni lebih kurang macam takabbur tapi apabila dalam hal2 yang berkaitan dengan ibadah. ibadah yang dilakukanya bukan dengan niat untuk mendapat redha Allah tetapi untuk menunjuk2 dan mengharapkan pujian. riya' boleh jatuh ke dalam syirik kecil mcm hadith nabi:
“Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan menimpa kamu sekalian ialah syirik yang paling kecil. Mereka bertanya: Apakah itu syirik yang paling kecil ya Rasulullah? Beliau menjawab: Riya! Allah berfirman pada hari kiyamat, ketika memberikan pahala terhadap manusia sesuai perbuatan-perbuatannya: Pergilah kamu sekalian kepada orang-orang yang kamu pamerkan perilaku amal kamu di dunia. Maka nantikanlah apakah kamu menerima balasan dari mereka itu.” (Hadith riwayat Ahmad)
~~~
sifat ujub lebih berdiam didalam hati sahaja. sifat takabbur pula bukan hanya dalam hati, tetapi lahir dalam perbuatan juga. kiranya tak cukup dia rasa dia bagus tapi dia nak orang lain pun tahu dan dia inginkan pujian. dan sifat riya' adalah sifat yang paling teruk antara ke3-3 sifat mazmumah ni sebab dah masuk dalam hal ibadah. ibadah yang dilakukan bukan untuk keredhaan Allah tetapi untuk menunjuk2 dan pujian manusia.
saya rasa, antara cara2 untuk membuang sifat ni:
~ tingkatkan hubungan dengan Allah. bila hati cintakan Allah, segala yang dilakukan hanya untuk mendapat redha Allah. daripada inginkan pujian manusia, lebih baik inginkan pujian Allah. kan Allah selalu memuji hamba2Nya yang soleh dihadapan malaikat?
~ buangkan sifat al-wahan (cintakan dunia dan takutkan mati). cantik, kuat, pandai, pujian manusia, etc semua tu hanyalah dunia semata2. dan dah tentu jugak, kalau ada sifat yang Allah benci ni, mestila takutkan mati (sbb nanti kena balasan kat akhirat).
~ tanam sifat tawaddhu' (rendah diri)
rsny itu sj yg rs mcm nak share. peringatan ni untuk diri sendiri jg :) okey, nak smbg buat keje. rabbi yassir walaa tu'assir.. FIGHTING!!
Dear Heart, please be strong.. Dear Nafs, please be patient.. Dear Me, please be the best you can be..
another Ramadhan is coming. welcome, herzlich willkommen.. :)
ya Allah, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yg lepas.. ya Allah, semoga Ramadhan ini berjaya melatih diriku menjadi seorang muslim yang mukmin dan muttaqin.. semoga aku menjadi lebih kuat untuk bermujahadah dlm exam dgn kedatangan Ramadhan.. amiin..
mfG, Rawaidah Bingen am Rhein 29. Sha'ban 1431 10. August 2010
Thursday, 13 May 2010
bismillahirrahmanirrahim,
orang yang merasakan dirinya cukup tawaddhuk dan dekat dengan Allah, adalah termasuk antara orang yang benar2 takabbur.
jika dengan orang yang tak beriman, syaitan akan menghasut nafsu mereka untuk dosa yang jelas di mata manusia. begini pula cara syaitan menghasut dengan orang2 beriman tanpa disedari. mereka rasa mereka cukup baik tidak melakukan dosa, tetapi hati mereka bermain dengan dosa ujub, riak dan takabbur. mereka rasa mereka cukup baik sehingga tidak layak ditegur.
setiap antara kita sentiasa di uji dengan permainan syaitan dgn cara yg berbeza2. jangan rasa kita terkecuali... setiap orang ada cara yang tersendiri. syaitan juga makhluk yg bijak...
i am truly not the right person to write these stuffs.. just as a reminder to everyone.. especially to myself..
Kita selalu terdedah dgn kisah-kisah para sahabat dan imam sejak kecil lg kan? Sejak tadika sampai sekolah menengah. Semua kisah-kisah itu sgt hebat, tapi apa kata kali ni kita dgr kisah seorg tokoh islam yang tak jauh dr zaman kita, iaitu abad ke-20. Andainya beliau masih hidup, umur beliau sama dgn umur datuk ataupn moyang kita. Tak jauh kan? Beliau adalah, As-syaheed Imam Hassan Al-Banna.
Awal kehidupan
Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada 14 Oktober 1906, di sebuah desa Mahmudiyah yang terletak di Iskandariah, Mesir. Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaiki jam dan gramaphone (radio) sebagai sumber untuk menyara hidup keluarga beliau.
Sebagai seorang ulama, ayahnya mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Sejak kecil Hassan al-Banna sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Disinilah sebenarnya yg telah membentuk corak pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.
ayah Imam Hassan AlBanna
Sejak kecil lagi Hassan Albanna terkedepan antara kawan-kawanya dgn sifat kepimpinanya. Beliau telah terpilih menjadi pemimpin kpd Badan Latihan Akhlak dan Jemaah AlSuluka AlAkhlaqi di sekolah. Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda.
Beliau kemudian telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Kemudian beliau telah memasuki Darul Ulum (Universiti Kairo) di Kaherah pada awal usia 16 tahun.
Di sinilah pertama kali beliau terdedah dengan pergolakkan parti2 politik dan juga pertubuhan2 yang menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Atartuk. Idealisme2 yang kebanyakkanya bertentangan dgn Islam juga meletup pada masa itu. Mesir pada ketika itu dilanda keruntuhan akhlak yang dasyat. (Kalau dilihat melalui sejarah, pada masa ini adalah masa kejatuhan zaman khilafah Uthmaniyyah, dimana negara Islam semua telah berpecah)
Ketika di Darul Ulum, beliau telah menyertai Persatuan Akhlak Mulia yang giat mengadakan ceramah2 Islam. Hassan AlBanna dan rakan2nya berdakwah di tempat org ramai selalu berkumpul separti di kedai2 kopi. Beliau juga telah mengutus surat dan mengajak ulama2 dan imam2 besar pada masa itu untuk melawan 'banjir' yang menenggelamkan umat pd ketika itu.
Penubuhan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood)
Setelah beliau berjaya menamatkan pelajaran di Darul Ulum dgn kedudukan pertama, beliau bekerja sebagai guru. Pada ketika itu, Imam Hassan Albanna mulai rasa keadaan umat Islam terlalu bahaya kerana umat islam hanya sibuk dgn berbincang perkara2 khilaf (cabang2 kecil). Beliau mula bergerak aktif didalam masjid dan menyampaikan ceramah2 beliau.
Pada Mac 1928, Hassan al-Banna diziarahi adik dan lima orang sahabatnya di rumahnya dan berjanji setia bersama untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itulah Jemaah Ikhwan Muslimin (aka Muslim Brotherhood) telah ditubuhkan. Beliau pada ketika itu berusia 23 tahun.
Sejak dari hari itu, kegiatan dakwah mula bergerak cergas dan ahlinya telah bertambah dari seluruh pelusuk Mesir dan negara2 lain. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih kurang setengah juta hingga 3 juta penyokong yang aktif. Lebih 3000 cawangan kesemuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil.
Hassan AlBanna dan pegawai delegasi Indonesia. Pertemuan yang memulakan Ikhwan di Indonesia
Ikhwan juga telah menghantar pasukan tentera ke Palestine. Sehingga satu peringkat, Hassan AlBanna tidak begitu yakin dengan ketenteraan dan beliau rasa kerja masih terlalu panjang dan jalan yang paling berkesan adalah tarbiyyah, dan tarbiyyah itu juga masih terlalu panjang.
Berdasarkan kepimpinannya, Hassan AlBanna bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam 3 peringkat iaitu: Peringkat pengenalan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian peringkat pembentuk keperibadian anggota agar bersedia untuk bergerak aktif. Seterusnya peringkat melaksanakan cita-cita perjuangan dengan tegas.
Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab," Ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua."
Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, "Saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam."
Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda.
Disini kita dapat lihat kepimpinan Hassan AlBanna. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.
Pengharaman Ikhwan Muslimin
Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.
Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.
Pembunuhan Hassan AlBanna
Pada 12 Feb 1949 beliau telah syahid dibunuh oleh pengkhianat2 Islam, iaitu kerajaan Mesir pada ketika itu.
Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Pengurusan Jenazah
Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.
Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.
Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.
Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Banna menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid. ------------------------------
Betapa hebatnya As-Syaheed Imam Hassan AlBanna yang telah mengembalikan kegemilangan Islam pada kemuncaknya di abad ini. Seluruh hidupnya digunakan untuk Islam sehingga kematiannya juga sebenarnya telah 'menghidupkan' seorang lagi Tokoh Islam yang hebat, iaitu Syed Qutb. Dan sehingga kini, gerakkan2 Islam yang wujud adalah bermula dari Ikhwan Muslimin, termasuklah sistem tarbiyyah kita sekarang iaitu usrah.
sbnrny skrg ni sy sangat2 terkilan dgn beberapa sahabat sy... baiklah, sy cb beranggapan positif kerana mereka ingin memberi feed back pd naqibah kami sekarang, kak mila yg akan pulang ke malaysia. tapi... sungguh xpatut mereka memberi feedback terhadap naqibah2 kami yg dahulu pada masa ini.
terlalu berat, bosan, malas nak join, etc..
sememangnya, usrah yg ex-naqibah kami bagi dahulu berat, sebab misi usrah BUKAN hanya utk sekadar dengar pengisian dan sesi soal jawab ttg solat & wuduk sahaja... tapi untuk berkembang dan bekerja dgn input yg diberi...
baiklah, andai kata mereka rasa berat sekali pun, naqibah dahulu kami banyak kali meminta feedback. samada mahu teruskan 'pengisian berat' ataupun setakat dgr2 pengisian shj, tapi takde siapa yg menggunakn masa itu utk bersuara.
sy sedih mengenangkn usaha naqibah2 lama.. bagaimana mereka selalu berbincang mengenai kami disana.. menyediakan tabung derma untuk usrah di jerman.. berusaha terbang ke jerman setiap 2bulan walaupun pada masatu, mereka sibuk dan biasiswa mereka sgt sedikit..
sy sedih, setiap kali minta feedback, tiada yg jawab.. tapi sbnrny banyak yg xsenang. kadang2 naqibah dulu siap sediakan poll, tp mcm biasa, cuma 3-4 org sj yg vote..
sy sedih apabila dijemput ke program2, takde siapa yg nak join.. apa salahnya, sambil berjalan ada pengisian? (as in, kalau program kat glasgow, 2hari join program, kemudian boleh jalan juga di scotland) kadang2, naqibah baru je sebut,"kalau belum ada plan nak jalan mana, jomla join program, pastu bolehla nak jalan2" and the second after that, "eh korg, kalau jalan mane2 jgn lupe ajak ye"
sy sedih..
personally sy mmg suka dgn usrah skrg. sy suka dengar pengisian2 yg baik sbgai makanan utk iman & hati. dan sy jujur mengatakan, sy pun lebih suka usrah skrg, kerana sy xterasa beban sbaliknya sy rasa tenang, hanya memikirkan kebaikan utk diri sendiri. lbh flexible, boleh drop bl2 rs busy sikit. tp apabila sy keluar dr lingkungan 'comfortzone' itu, sy xnampak hala tuju dan sistem usrah sekarang.
usrah yg dahulu, utk pertama kali sy nampak matlamat dan faham mengapa adanya usrah. dan saya nampak, setiap langkah sbnrya tlah diatur dan dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. dan sbnrny sistem usrah seluruh dunia bergerak selari dan serentak krn matlamat itu. tapi mungkin masalah kedudukan dan internet yg terlalu bnyak ketika itu susah nak sampai pengisian. lagipun, semua ahli sepatutnya perlu faham ISK untuk faham isi2 usrah seterusnya. dan ISK ni, sbnrny sgt panjang, perlukn program intensif sekurangnya 2hari baru habis.. tp itulah, apabila dijemput ke program, takde siapa nak join..
sy teringat melihat bagaimana sahabat2 ireland menitik airmata memikirkan masalah umat islam.. sy teringat bagaimana budak lelaki pun menangis dihadapan ustaz, apabila terima tanggungjawab dan amanah disana..
ape yg saya terkilan skrg, cara mereka komen seolah2 tidak menghargai pengorbanan naqibah2 dahulu. sepatutnya mereka bersyukur yg sekarang mereka tidak lagi termasuk dlm golongan yg perlu memegang tanggungjawab dan amanah di bahu mereka...
sy terkilan, walaupn komen itu bukan ditujukn pada saya, sbb sy sgt2 menyayangi semua naqibah2 dahulu dan sekarang.. dan saya sgt kagumi mereka dan hargai setiap usaha mereka..
found this video in youtube and love it, the lyric is so beautiful. specially dedicated to kaklong (if u ever read this blog):)
Look around yourselves, can't you see this wonder, spreading from the view, the clouds floating by, the skies are clear and blue.. planets in the orbits the moon and the sun such perfect harmony
lets start question in ourselves, isn't this proof enough for us or are we so blind to push it all aside..no..
we just have to, open our eyes, our hearts, and minds, if we just look bright to see the signs, we can't keep hiding from the truth, let it take us by surprise, take us in the best way (Allah..) guide us every single day.. (Allah..) keep us close to You, until the end of time..
look inside yourselves such a perfect order hiding in yourselves running in your veins what about anger love and pains and all the things you're feeling can you touch them with your hands so are they really there
when our faith is born so helpless and weak and you're watching it growing.. like the night, passing in front of your eyes, the biggest miracle of life..
Allah.. You created everything we belong to You Ya Rabb we raised our hands forever we thank You..