akhirnya sy dah tgk cite ni. sbnrny sy dah bace novel pertama dia ms bosan2 cuti summer08 kat rumah, lpstu bercadang nak tgk movie dia. tp sbb kesibukkan masa sampai terlupa.. smalam anem lah, rekemen & suh tgk. bolehla, sy suke, mmg bes :)
Ketika Cinta Bertasbih ni, satu movie yg berasal dr novel Ustaz Habiburrahman. penulis yg sama dgn novel Ayat-Ayat Cinta. tp personally kalau judge melalui movie, sy lebih suka KCB dari AAC. movie AAC sgt2 mengecewakn.. berlainan dr novel. apa yg difokus dlm novel, tak difokus dlm movie. watak utama KCB (khairul azzam) lbh santai berbanding AAC fahri. fahri terlalu perfek dan ideal, berbanding dgn azzam, dia kuat agama dan beriman tp takdelah terlalu hebat sampai penonton xdapat relate dgn diri sndiri. dan sy suka watak2 & cerita2 sampingan sekitar watak azzam yg membuat cerita tu kdg2 kelakar dan pd ms yg sama, memberi pengajaran.
setting cerita pun kali ni mmg dibuat kat mesir, berbanding AAC yg sbnrny bukan kat mesir. dan apa yg paling saya suka skali adalah, pelakon2nya majoriti bukan dr kalangan artis, tapi pelakon2 baru. pelakon watak azzam itu sendiri adalah sbnrny pelajar jurusan agama di Pondok Pesantren Darul Islah yg mmg minat dlm bidang lakonan. patutla bahasa arabnya fluent. majoriti pelakon2 perempuan pl bertudung spanjang cerita dan diluar cerita. dan takde langsung adegan diorg buka tudung walaupun dalam rumah, berpegang tangan pun xde. berbanding dgn AAC, dalam rumah aisyah xpakai tudung dan ada adegan2 yg xspttny ada antr bukan muhrim.. mgkin KCB kalini jauh lebih baik sbb diteliti oleh ustaz habiburrahman sendiri dan direktor dia dah biasa buat cerita2 islamik.
bl buat bandingan dgn filem malaysia pl.. aaiihh, jauhnya. hrtu ms raya, bdk2 bingen pasang cerita Syurga Cinta. hmmmph.. sy tgk separuh jalan je, xtgk hbs pun.. script incoherent & unrealistic. storyline sgt2 predictable. rsny xde siapa rasa insaf & xde pengajaran pn rsny tgk cerite tu. tp drama Nur Kasih mase ramadhan dl sy rs ok. cuma, kalaulah ada barisan pelakon malaysia yg betul2 baik & pandai berlakon msti lagi bagus. rasanya, ustaz hasrizal pn pernah ckp benda ni.

baiklah, kene tggu ada org upload part2 cite ni utk tahu ending. sy pn xbace buku ke2 lg :)
