Wednesday, 1 December 2010

Ujub, Takabbur & Riya'

Salam

Tiba2 rs nak tulis tentang ujub, takabbur dan riya'. dulu ms sy kecik2, sy selalu mcm konfius2 ape perbezaan antara 3 sifat mazmumah ni, sbb ayat2 yg digunakan dalam buku agak susah nak faham dan lebih kurang same. ok, ape bezanya ye?

~ Ujub: sifat seseorang apabila merasakan dirinya lebih baik/hebat dari orang lain. tak kisahla dari fizikal (cantik, hensem), harta (kaya), kekuatan, keturunan, kepandaian, dan lain2. sifat ujub ni lebih kepada dengan diri sendiri shj, tiada pihak kedua atau ketiga.

~ Takabbur: takabbur ni terserlah bila adanya pihak yang lain. contohnya, bersikap menunjuk2 dengan kemampuanya dan menghebah2kan kelebihan dirinya kerana inginkan pujian. seseorang yang bersikap takabbur ni sangat sukakan pujian, kalau bukan pujian lisan pun, cukuplah bila orang tahu atau acknowledge kehebatannya.

~ Riya': riya' ni lebih kurang macam takabbur tapi apabila dalam hal2 yang berkaitan dengan ibadah. ibadah yang dilakukanya bukan dengan niat untuk mendapat redha Allah tetapi untuk menunjuk2 dan mengharapkan pujian. riya' boleh jatuh ke dalam syirik kecil mcm hadith nabi:

“Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan menimpa kamu sekalian ialah syirik yang paling kecil. Mereka bertanya: Apakah itu syirik yang paling kecil ya Rasulullah? Beliau menjawab: Riya! Allah berfirman pada hari kiyamat, ketika memberikan pahala terhadap manusia sesuai perbuatan-perbuatannya: Pergilah kamu sekalian kepada orang-orang yang kamu pamerkan perilaku amal kamu di dunia. Maka nantikanlah apakah kamu menerima balasan dari mereka itu.” (Hadith riwayat Ahmad) 

~~~

sifat ujub lebih berdiam didalam hati sahaja. sifat takabbur pula bukan hanya dalam hati, tetapi lahir dalam perbuatan juga. kiranya tak cukup dia rasa dia bagus tapi dia nak orang lain pun tahu dan dia inginkan pujian. dan sifat riya' adalah sifat yang paling teruk antara ke3-3 sifat mazmumah ni sebab dah masuk dalam hal ibadah. ibadah yang dilakukan bukan untuk keredhaan Allah tetapi untuk menunjuk2 dan pujian manusia.

saya rasa, antara cara2 untuk membuang sifat ni:

~ tingkatkan hubungan dengan Allah. bila hati cintakan Allah, segala yang dilakukan hanya untuk mendapat redha Allah. daripada inginkan pujian manusia, lebih baik inginkan pujian Allah. kan Allah selalu memuji hamba2Nya yang soleh dihadapan malaikat?

~ buangkan sifat al-wahan (cintakan dunia dan takutkan mati). cantik, kuat, pandai, pujian manusia, etc semua tu hanyalah dunia semata2. dan dah tentu jugak, kalau ada sifat yang Allah benci ni, mestila takutkan mati (sbb nanti kena balasan kat akhirat).

~ tanam sifat tawaddhu' (rendah diri)


rsny itu sj yg rs mcm nak share. peringatan ni untuk diri sendiri jg :) okey, nak smbg buat keje. rabbi yassir walaa tu'assir..
FIGHTING!!

http://www.emocutez.com

5 comments:

Naaiemah said...

Wah bagusnye informative! Haha sbb ana pn selalu confuse2. Oo ok rupenye riya' adalah yg paling jahat la.

rawaidah said...

hai nemah, lame plak rs xcall nt. huhu.. rs mcm nak je update2, tp busy sgt2. waa, doakan ana :(

ana rs riya' la plg jahat sbb dah libatkan ibadah. tempat ke2 jahat mcm takabbur. tempat ke3 jahat ujub. pendapat anala tapi~ :P.. nauzubillah min zalik.

gunnerzmeister said...

Drop by msg:

Get well soon ida. InsyaAllah

Nekmah said...

Tula rawai ntah bile ntah nak kasi fon no kat ana dahla yg lama tu cm tak valid dah. Ana nak bincang sesuatu nih haa so call/msg la cepat

rawaidah said...

@gunnerzmeister: danke, alhamdulillah da baik sikit da ni. :)

@nemah: eyh, bile hp ana xvalid. sbb ana da tukar nombor berthn2 da, xkan nt msh smpn no lame. hee~.. tula, ana pn bnyak je bende nak bncg jgk.. :D nnt ana call. eh, skype is pocket saver. skype la ye. add ana: rawaidah.h