Sunday, 27 September 2009

Tribute to Allahyarham Hafizuddin Ab Hady

salam..

Jumaat lepas, 25 September 2009 (6 Syawal 1430), Allahyarham Hafizuddin Ab Hady telah meninggalkan dunia dan kembali ke rahmatullah. Semoga Allah merahmati ruhnya.. semoga dimuliakan kedatangannya ke alam barzakh.. semoga ruhnya ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..

Allahyarham Hafizuddin (Judin) ni adalah senior sy di FH Bingen. Selama 4 tahun kami jadi warga Bingen ni, Allahyarham Hafizuddin mmg seorg yg ceria, kelakar dan suka menolong.
Dia jg adalah antara ahli terawal Usrah di Jerman dan antara mereka yg merealisasikan dan memulakan Usrah di Jerman. Dia baru saja menamatkan pelajaran di FH Bingen dan balik ke Malaysia akhir mac lepas. Sempat jg Hafizuddin dtg ke walimah Mushi ogos lepas.. rupanya, itulah kali terakhir sy berbual dgnya.

Kita tak tahu bila kematian kita.. sy tahu dan selalu dgr ayat ni, tp xpernah plk betul2 menghayatinya mcm skrg.. jadi, antara yg perlu kita lakukan sekarang adalah perbanyakkan amalan. amalan2 kita akan terhenti bl ajal menemui kita kecuali sedekah jariah, ilmu yg disampaikan kpd org lain dan doa anak yg soleh. antara ilmu yg bermanfaat adalah menggerakkan usrah shgga ia dpt dimanfaatkan ramai org dan mgkin hgga ke jenerasi akn dtg.

Sesiapa yg mengenali Allahyarham Hafizuddin, kak wani (kakak Hafizuddin) mewakili pihaknya agr maafkan kesalahanya jika ada dan kalau ada hutang yg masih belum selesai, bolehla tuntut pd kakaknya. kalau nak salurkan bantuan dlm bentuk derma, bolehla melawati web mgss.de.

Semoga Allah merahmatinya.. amin..

3 comments:

Anonymous said...

kita mmg tak tahu bila ajal kita.. adakah waktu itu kita dh cukup bekalan tau tidak.. cume yg pasti setiap y berlaku kita ambil iktibar n muhasabah diri kembali..

Anonymous said...

sy kwn judin dr kt s.alam lg..terkejut bl dpt brita tu..moga beliau ditempatkan dikalangan org2 soleh..i miss him as a friend..

Anonymous said...

T.T